BARU: Space Quest 184 Halaman Kini Tersedia!. Worksheet PDF Untuk Anak. EduKids Game Interaktif. Aktiviti Pembelajaran Menyeronokkan. Belajar Sambil Bermain.
Cuba PercumaCuba PercumaKoleksi Lengkap Worksheet PDF & EduKids Game Interaktif
Aktiviti pembelajaran untuk anak melalui worksheet printable dan game interaktif — belajar, bermain dan bina kemahiran asas dengan lebih menyeronokkan.
Bayar sekali, akses seumur hidup · Cuba percuma dahulu di halaman Percuma
Bayaran selamat
FPX dan kad melalui ToyyibPay. Butiran bank anda tidak pernah melalui laman ini.
Dapat terus selepas bayar
Pautan folder keluar sebaik bayaran disahkan, dan ia tidak luput.
Bayar sekali sahaja
Tiada langganan, tiada caj berulang. Cetak semula bila-bila masa untuk keluarga sendiri.
Ada orang untuk ditanya
WhatsApp kami sebelum atau selepas membeli — kami balas dalam beberapa jam.
Dua cara belajar
Satu platform, dua solusi
Anak banyak screen time?
TikTok & YouTube berjam-jam, tapi masa belajar masih kurang.
Anak susah fokus bila belajar?
Cepat bosan, tak minat dan mudah hilang perhatian.
Jadi, kami sediakan dua cara untuk belajar:
Kedua-duanya dibeli berasingan, bayar sekali sahaja dan boleh terus digunakan selepas pembayaran.
Belajar tanpa skrin
Worksheet
Anak perlukan aktiviti belajar tanpa skrin? Gunakan worksheet printable Edukids. Cetak PDF A4 terus dari rumah — tracing, ABC, nombor, mewarna, Jawi dan banyak lagi. Bayar sekali, simpan dalam Google Drive seumur hidup.
- 22 kategori · 509 worksheet
- Pakej kategori RM9–RM25
- Bundle Worksheet RM47 — semua kategori + hak jual semula
- Selaras KSPK · ABC, nombor, BM, Jawi, sains, mewarna
Belajar sambil bermain
Games
Anak suka bermain game? Gunakan masa skrin dengan lebih bermakna melalui EduKids Game Interaktif — matematik, fonik, coding, Jawi dan sains. Main terus di pelayar web tanpa iklan.
- 11 game · 69 siri permainan
- RM12 setiap game (bahagian pertama percuma)
- Bundle Game RM49 — semua 11 game + lesen guru & tadika
- Audio sebutan, bintang ganjaran, mesra jari kecil
Cuba dahulu — percuma
7 worksheet untuk dimuat turun terus, dan demo Siri 1 setiap game untuk dimainkan di skrin. Tiada borang, tiada bayaran, tiada pendaftaran.
Lagi Ulasan
Parents lain kata apa?
“Anak-anak saya memang suka Edukids. Yang kecil lebih suka tracing & mewarna, yang besar pula seronok dengan game interaktif. Senang sebab boleh guna worksheet atau game ikut keadaan. Tak perlu paksa sangat bila belajar.”
Puan Aina
Ibu 3 anak · Johor Bahru
“Saya selalu balik kerja agak lewat, jadi tak banyak masa nak sediakan aktiviti untuk anak. Dengan Edukids, saya cuma buka game pembelajaran atau print worksheet yang sesuai. Anak boleh buat sendiri dan saya pantau bila ada masa.”
Encik Amir
Ayah · Penang
“Saya cari bahan yang boleh digunakan untuk anak prasekolah dan tak nak kena cari satu-satu. Edukids memang memudahkan sebab banyak pilihan dalam satu tempat — huruf, nombor, BM, Jawi, mewarna, sains dan game. Senang nak pilih ikut topik yang anak tengah belajar.”
Puan Farah
Ibu homeschool · Selangor
Jangan tangguh —
anak anda tak menunggu.
Setiap hari tertangguh = satu hari terlepas masa emas perkembangan anak. Mula hari ini, nampak minat dan keyakinan anak meningkat dalam minggu pertama.
507 worksheet
22 kategori · RM9–25 atau RM47 semua
11 game interaktif
RM12 satu · RM49 semua + lesen guru
Cuba percuma dulu
Worksheet percuma & bahagian pertama setiap game
Soalan lazim
Perkara yang selalu ditanya
Kalau soalan anda tiada di sini, hantar mesej kepada kami — kami balas secepat mungkin.
Edukids menyediakan aktiviti pembelajaran untuk anak 3–7 tahun melalui dua cara: worksheet PDF yang boleh dicetak di rumah, dan game interaktif yang dimainkan terus di tablet atau telefon. Kedua-duanya disusun mengikut Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).
Tidak. Worksheet dan Game ialah dua pilihan pembelajaran berbeza di bawah Edukids, dibeli secara berasingan. Worksheet untuk belajar tanpa skrin (cetak dan tulis); Game untuk belajar sambil bermain di skrin. Anda boleh pilih satu, atau kedua-duanya.
22 kategori dan lebih 500 fail PDF A4: ABC dan fonik, nombor dan matematik, Bahasa Melayu, Jawi, sains, tracing, mewarna, bentuk, flashcard, maze dan puzzle, busy book, planner dan banyak lagi. Pakej kategori RM9 hingga RM25; pakej Semua Kategori RM47 termasuk fail hadiah dan hak jual semula.
Ya — worksheet ialah fail digital PDF yang perlu dicetak untuk digunakan. Kertas A4 biasa dan mana-mana pencetak sudah memadai; tiada printer di rumah, kedai fotostat boleh mencetaknya. Fail disimpan dalam folder Google Drive anda dan boleh dicetak semula tanpa had untuk keluarga atau kelas sendiri.
Permainan edukasi interaktif yang dimainkan terus dalam pelayar web — tiada aplikasi perlu dipasang. Ada 11 game (69 siri kesemuanya): EduKids Math (7 modul, Modul Tambah percuma), Bijak Sifir (11 planet × 9 misi, Sifir 2 percuma), Wira Matematik, Celik Fonik ABC, Makmal Coding, Wira Logik, Suku Kata BM, Pintar Jawi dan Sains Awal (6 siri setiap satu), Pac-Math: Misi Matematik (5 mod operasi, Mod Tambah percuma) serta Sifir Space Shooter (arked tembak jawapan sifir 2–12, 5 level + Mixed, Sifir 2, 3 & Level 1 percuma). RM12 setiap game, atau RM49 untuk kesemua 11 (termasuk lesen guru & tadika).
Ya, direka untuk umur 3–8 tahun: kad dan butang besar mesra jari kecil, audio sebutan dan kesan bunyi ceria, bintang ganjaran, dan tiada iklan atau pautan keluar. Siri 1 setiap game boleh dicuba percuma dahulu sebelum membeli, supaya anda boleh lihat sendiri sama ada anak anda suka.
Pilih pakej di halaman Worksheet, isi nama, e-mel dan telefon, dan bayar melalui FPX atau kad (ToyyibPay). Sebaik bayaran disahkan, pautan folder Google Drive dipaparkan di skrin dan dihantar ke e-mel anda. Pautan itu tidak luput.
Pilih game di halaman Games dan bayar dengan cara yang sama. Selepas bayaran disahkan, butang "Main Game Sekarang" dipaparkan di skrin dan pautannya dihantar ke e-mel. Buka di iPad, tablet, telefon atau komputer, dan simpan ke skrin utama untuk akses pantas.
Pakej Semua Kategori (RM47) datang dengan hak jual semula — jual kepada pelanggan anda sendiri dan simpan sepenuhnya hasil jualan. Syaratnya: jual pada RM47 ke atas, dan pembeli anda mendapat lesen kegunaan sendiri sahaja. Pakej kategori (RM9–RM25) dan semua game adalah untuk kegunaan sendiri sahaja.
Kerana ini produk digital yang terus boleh diakses, kami tidak menawarkan bayaran balik selepas fail atau game dibuka. Kalau pautan gagal atau fail rosak, WhatsApp kami dan kami betulkan atau ganti segera.









