Panduan5 min baca
Cara Belajar Sifir 2–12 Tanpa Bosan: Urutan, Latihan Harian & Permainan
Sifir ialah antara perkara yang paling kerap menyebabkan air mata di meja makan — bukan kerana ia sukar, tetapi kerana cara lazimnya (baca berulang-ulang dari jadual) membosankan dan tidak memberi anak sebab untuk mengingat. Anak menghafal apabila dia perlu MENGGUNAKAN jawapan itu dengan pantas, berulang kali, dalam situasi yang seronok.
Artikel ini menerangkan tiga perkara: urutan sifir yang betul, rutin latihan harian yang singkat, dan bagaimana permainan mengambil alih bahagian "ulangan" yang membosankan.

Urutan yang betul: bukan 2, 3, 4, 5…
Mengajar sifir mengikut urutan 2, 3, 4, 5 tidak semestinya paling mudah. Urutan yang lebih semula jadi untuk anak:
- Sifir 2 (gandaan — anak sudah tahu mengira dua-dua), kemudian sifir 10 (tambah sifar) dan sifir 5 (berakhir 0 atau 5).
- Sifir 3 dan 4 — kini anak sudah faham "corak" sifir dan lebih yakin.
- Sifir 6, 7, 8, 9 — yang paling mencabar; ajar satu demi satu dan ambil masa.
- Sifir 11 dan 12 — sifir 11 ada corak jelas (22, 33, 44…), sifir 12 ialah sifir 10 + sifir 2.
Tip: apabila anak sudah tahu 3 × 7, tunjukkan bahawa 7 × 3 jawapannya sama. Ini memotong separuh apa yang perlu dihafal.
Rutin: satu helaian sehari, 10 minit
Kelancaran sifir datang daripada ulangan yang singkat tetapi setiap hari, bukan sesi panjang seminggu sekali. Siri 100 Days Multiplication dalam Pakej Matematik dibina untuk rutin ini — satu helaian sehari, setiap helaian bercampur soalan dari sifir yang sudah dipelajari, supaya sifir lama tidak dilupakan sementara sifir baharu dipelajari.
Sebelum itu, untuk anak yang baru mula memahami konsep darab (bukan menghafal), MULTIPLY 01 dari Pakej Numbers menunjukkan darab sebagai "kumpulan": 3 kumpulan 4 epal. Fail ini percuma di halaman worksheet percuma. Faham konsep dahulu, hafal kemudian — anak yang faham kenapa 3 × 4 = 12 boleh "membina semula" jawapan yang terlupa.
Biar permainan buat kerja ulangan
Sifir perlu diulang ratusan kali sehingga automatik. Tiada anak yang mahu membaca jadual sifir ratusan kali — tetapi kebanyakan anak dengan rela bermain game yang sama ratusan kali. Itulah sebab kami membina tiga game sifir yang berbeza gaya, supaya anak boleh bertukar-tukar:
- Bijak Sifir — kembara 11 planet (sifir 2 hingga 12), setiap planet 9 misi: belajar dengan sebutan suara BM, kuiz pantas, padanan, tangkap buih, lumba roket hingga Ujian Master. Sifir 2 dengan semua 9 misi boleh dimainkan percuma.
- Sifir Space Shooter — gaya arked: soalan 7 × 8 muncul di atas, planet dan asteroid membawa nombor turun, anak menembak jawapan yang betul. Ada streak bonus dan 5 level yang makin laju. Sifir 2, 3 dan Level 1 percuma.
- Pac-Math — gaya Pac-Man untuk anak lebih muda (5–8 tahun): makan nombor jawapan yang betul, elak hantu. Mod Tambah percuma; mod Darab mudah dibuka dengan akses penuh.
Semua game dimainkan terus di pelayar tablet atau telefon tanpa pemasangan. Akses penuh setiap game RM12, atau kesemua 11 game Edukids dalam satu bundle RM49.
Kesilapan biasa yang melambatkan
- Mengajar dua sifir baharu serentak. Satu sifir sehingga lancar (anak boleh jawab dalam 2–3 saat) sebelum yang seterusnya.
- Hanya menguji "secara urutan" (2×1, 2×2, 2×3…). Anak boleh menghafal urutan tanpa tahu 2 × 7 secara berasingan. Selang-seli soalan rawak.
- Marah bila anak lupa. Lupa ialah sebahagian daripada menghafal — jawapan yang "dibina semula" selepas lupa lebih kekal daripada yang tidak pernah dilupakan.
- Berhenti bila anak sudah "tahu". Sifir hilang jika tidak digunakan; teruskan 5 minit seminggu selepas menguasai.
Umur berapa patut mula?
Di Malaysia, sifir 2, 5 dan 10 diperkenalkan sekitar Tahun 1–2, dan sifir lain pada Tahun 2–3. Di rumah, anak 6 tahun yang sudah lancar menambah boleh mula dengan konsep darab (kumpulan) dan sifir 2. Tiada faedah memaksa anak 5 tahun menghafal sifir 7 — masa itu lebih baik dilaburkan pada mengira dan menambah, yang menjadi asas kepada semuanya. Untuk anak prasekolah, Pakej Numbers dan game EduKids Math (Modul Tambah percuma) ialah tempat bermula yang lebih sesuai.
Bahan yang disebut dalam artikel ini
Worksheet & game untuk mula hari ini

Pakej kategori
Matematik
Pakej kategori
Numbers
Sifir 2 (9 Misi) percumaBijak Sifir
Sifir 2, 3 & Level 1 percumaSifir Space Shooter
Mod Tambah percumaPac-Math
Modul Tambah percuma